Pegawai Meteorologi (IRS)

 Meteorologi

Meteorologi adalah satu bidang yang mengkaji fizik awan, fizik atmosfera dan kegeloraan atmosfera.  Ahli meteorologi juga bertanggungjawab tentang pengumpulan data berkenaan atmosfera dan seterusnya mencari kaedah ramalan cuaca yang lebih tepat lagi.  Walaupun pada tanggapan kita bidang meteorology ini di bawah bidang geografi atau kajian alam sekitar, tetapi seorang graduan fizik boleh menjurus dalam bidang ini.





AHLI METEOROLOGI
Meteorologi atau kajicuaca merupakan pengajian saintifik tentang keadaan atmosfera terutamanya berkenaan cuaca dan ramalannya. Cuaca memainkan peranan penting dalam mencorakkan cara hidup kita. Ia digolongkan dengan klimatologifizik atmosfera dan kimia atmosferasebagai sains atmosfera.
Ahli meteorologi mengkaji arah dan halaju angin, suhutekananwap air dan interaksi pemboleh ubah ini, dan bagaimana mereka berubah dengan masa. Meteorologi juga mengaji interaksi atmosfera Bumi dengan Lautan. Kajian meteorologi membolehkan ahli sains meramal cuaca dan membekalkan maklumat penting untuk bidang-bidang ketenteraan, penjanaan tenaga, pertanianperkapalan dan pembinaan.


UNIVERSITI YANG MENAWARKAN BIDANG INI

Universiti Putra Malaysia
Universiti Sains Malaysia

























No comments:

Post a Comment

Majlis Perpisahan En. Ahmad Nadzri