Kerjaya juruterbang merupakan antara cita-cita 'kegemaran' murid. Penerapan nilai dan minat murid disemai ini mungkin dirangsang oleh banyak faktor. Mereka yang berminat untuk menjadi seorang juruterbang juga perlu mengetahui bahawa kerjaya sebagai juruterbang merupakan kerjaya yang mempunyai cabaran serta berisiko.
Ramai pelajar menyimpan azam dan cita-cita untuk bergelar juruterbang.
Kerjaya ini menuntut seseorang itu berdepan dengan cabaran dan tidak gentar memandu pesawat di awan biru. Memandu kapal terbang bukan seperti memandu kereta atau kenderaan lain kerana cara pengendalian amat berbeza.
Untuk memahirkan diri, seseorang itu perlu menjalani latihan khas di pusat-pusat atau sekolah-sekolah latihan penerbangan sama ada di dalam atau luar negara. Juruterbang yang berkemahiran dan terlatih mampu menerbangkan pesawat penumpang dan kargo tanpa mengira sama ada perjalanan itu jauh atau dekat.
Tugas para juru terbang bermula selewat-lewatnya satu jam sebelum penerbangan.
Mereka akan melaporkan diri dan menerima taklimat serta maklumat tentang setiap penerbangan yang bakal dilakukan. Sebelum itu, juruterbang akan menyemak pelan penerbangan berdasarkan keadaan cuaca, suhu, kelajuan angin dan berat pesawat semasa berlepas serta keperluan bahan api di samping memeriksa kelengkapan dan peralatan elektronik.
Semasa dalam penerbangan pula, juruterbang akan membuat pemeriksaan rutin terhadap semua sistem yang beroperasi dan menerima serta melaksanakan arahan daripada pengawal lalu lintas udara dari mula hingga akhir penerbangan. Keadaan yang paling mencabar ketika bertugas ialah semasa berlepas, pendakian, penurunan dan pendaratan yang mana memerlukan penumpuan penuh setiap juruterbang agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Selepas mendapat lesen, juruterbang berpeluang memandu pelbagai jenis pesawat seperti Fokker, Airbus, DC-10 dan Boeing. Kerjaya ini sekarang terbuka luas berikutan perkembangan pesat industri penerbangan dalam dan luar negara. Terdapat banyak syarikat penerbangan sama ada di dalam mahupun luar negara yang menyediakan peluang pekerjaan ini.
Daripada segi pendapatan, kerjaya ini menjanjikan gaji yang cukup lumayan serta ditambah dengan pelbagai insentif lain selaras dengan tugasnya yang cukup mencabar dan berisiko.
Ciri-ciri peribadi yang diperlukan
- Mempunyai minat mendalam terhadap kerjaya
- Mempunyai keyakinan diri dan komitmen yang tinggi serta berani
- Boleh berkomunikasi dengan baik
- Menguasai bahasa Melayu dan Inggeris dengan baik
- Menguasai mata pelajaran sains, matematik dan fizik
- Berumur di antara 18 hingga 24 tahun
- Mempunyai rekod kesihatan yang baik dari segi fizikal dan mental
- Mempunyai pendengaran dan penglihatan yang baik (penglihatan 6/6 tanpa bantuan optik dan tidak buta warna)
- Ketinggian minimum tidak kurang daripada 160 cm (5 kaki 4 inci)
- Sanggup bekerja di luar stesen dalam tempoh masa singkat atau lama
Anda perlu lulus latihan penerbangan dari institut atau sekolah penerbangan yang diiktiraf dalam dan luar negara.
Tempat mengikuti latihan
Di antara sekolah latihan penerbangan tempatan termasuklah MAS, Malaysian Flying Academy dan Mofaz Air Flying Academy manakala di luar negara seperti di Amerika Syarikat, Australian, Filipina dan United Kingdom.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Berumur lebih 17 tahun hingga 28 tahun
- Ketinggian minimum 163cm (5 kaki 4inci)
- Sihat fizikal dan mental.
- Memperolehi Sijil Perubatan DCA 1 kelas 1
- Ketajaman jarak penglihatan tanpa pembetulan visual hendaklah 6/9 atau lebih baik untuk setiap mata secara berasingan
- Ketajaman penglihatan binokular hendaklah 6/6 atau lebih baik
- kesilapan refraktif yang tidak melebihi 5 diopters
- Astigmatisme tidak lebih daripada 125D
- Tidak buta warna
- Kelulusan akhir tertakluk kepada laporan Doktor Perubatan / Pakar Oftalmologi
- Mahir menulis dan berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia
- Memiliki salah satu kelulusan akademik samada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan akademik yang setaraf bagi peringkat menengah yang disahkan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Diploma atau ijazah dalam bidang kejuruteraan/sains.
Berikut merupakan syarat kelayakan akademik untuk lulusan SPM :
- Gred “A” dalam Bahasa Inggeris
- Gred “A” dalam mata pelajaran Matematik
- Gred “B” dalam Fizik / Gred “A” dalam Sains
- Gred “B” di mana-mana dua mata pelajaran lain
- Lulus Bahasa Malaysia
Berikut merupakan kelayakan akademik untuk lulusan Diploma atau Ijazah dalam bidang Kejuruteraan / Sains :
- Memiliki Diploma atau yang berkaitan dengannya dengan (GPA 3.0 dan ke atas)
- SPM dengan gred “C” dalam mana-mana mata pelajaran termasuk Matematik, Sains, dan Bahasa Inggeris
- Lulus Bahasa Malaysia
Wow, tidaklah sukar sangat kan! sekiranya kawan-kawan layak dan berminat menjadi seorang jurutera, kawan -kawan bolehlah memohon terus ke portal permohonan dengan menekan link di sini
No comments:
Post a Comment