Doktor
TAHUKAH anda apa syarat untuk ke ijazah perubatan MBBS atau MD – merujuk kepada IPTA yang ada dalam negara ?
- Hanya SPM aliran sains sahaja. Saya pernah ditanya seorang lepasan SPM yang mendapat 9 A dalam SPM tetapi dari aliran sastera – agak sedih juga untuk saya jawab bahawa beliau tidak layak
- Keputusan SPM (aliran sains) yang cemerlang dengan mendapat sekurang-kurangnya gred B+ dalam 5 mata pelajaran utama Fizik, Kimia, Biologi, Matematik & Matematik Tambahan – ini syarat minima. Untuk menjamin peluang yang lebih baik sasarkan untuk mendapat gred A+ di dalam ke lima-lima mata pelajaran ini.
- Dengan keputusan ini anda layak memohon ke matrikulasi atau asasi.
- Melalui matrikulasi, anda selepas itu (setelah lulus matrikulasi dengan cemerlang – sasarkan PNGK 4.00 akan layak memohon untuk mengikuti program ijazah perubatan di mana-mana universiti (kecuali UIAM dan USIM)
- Untuk program ijazah perubatan USIM atau UIAM mesti lalui asasi di university berkenaan Asasi Perubatan UIAM atau Tamhidi Perubatan USIM.
- Program Asasi Pintar UKM adalah khusus untuk menyambung pengajian di UKM sahaja
- Pelajar boleh juga memohon ke asasi di UM atau UITM yang juga melayakkan pelajar setelah lulus dan memenuhi syarat memohon untuk mengikuti program ijazah sarjana muda di mana-mana universiti kecuali UIAM atau USIM.
- Pelajar juga boleh memohon ke asasi yang ditawarkan di UPM, UNIMAS atau UMS, tetapi setelah lulus dan memenuhi syarat, anda hanya boleh menyambung ke ijazah perubatan di universiti yang sama sahaja (UPM, UNIMAS dan UMS)
- Atau pelajar boleh memilih untuk menduduki STPM, tetapi syarat pencapaian gred B dalam 5 mata pelajaran yang disebut dalam perkara (2) di atas kekal mesti dipatuhi. Ini perlu diingatkan sebab biasanya yang masuk STPM ni adalah sebab keputusan SPM yang tidak cemerlang untuk ke asasi .
Pelajar perlu tahu bahawa setakat ini hanya ada 2 laluan sahaja untuk ke ijazah perubatan
- Asasi / Matrikulasi
- STPM
Dan tiada pengambilan dari lepasan diploma ataupun lepasan ijazah sarjana muda dalam bidang lain seperti dalam kes di bawah ini
No comments:
Post a Comment