Arkitek (IRE)

Tugas seorang arkitek ialah mereka bentuk sesuatu bangunan yang sesuai
dengan kehendak-kehendak pengguna, kos, alam sekitar dan memenuhi
syarat-syarat undang-undang dan akta perancangan setempat.
seorang arkitek bertanggungjawab untuk menyelaras dan mengawasi

pelaksanaan sesuatu projek bangunan dari mula hingga ke akhir.



SYARAT-SYARAT

Sekiranya berminat untuk memilih bidang itu sebagai kerjaya, seseorang perlu
lulus Sarjana Muda Seni Bina dan institusi pengajian tinggi tempatan atau luar
negara yang diiktiraf.

Mereka juga perlu lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh Lembaga Arkitek
Malaysia dan Pertubuhan Arkitek Malaysia bagi mendapatkan pengiktirafan
sebagai arkitek bertauliah.

Terdapat beberapa cara untuk melanjutkan pengajian di bidang ini:

Di Universiti Teknologi Malaysia 





.
Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan.

Matrikulasi Sains menawarkan tempoh pengajian selama satu setengah tahun
sebelum mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Bina di UM dan
Program ini memerlukan calon lulus peperiksaan serta mendapat gred B+ dalam mata pelajaran Matematik dan satu subjek pengkhususan dan mendapat sekurang-kurangnya gred B pada peringkat SPM dan lima mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu dan Matematik

PELUANG KERJAYA ARKITEK
Seorang siswazah arkitek biasanya akan bekerja dengan firma-firma arkitek/ jabatan kerajaan dan badan-badan berkanun. Belakangan ini, kesan kepesatan pembangunan ramai arkitek yang berkhidmat dengan pemaju, kontraktor, pembekal bahan binaan serta syarikat –syarikat yang terlibat dalam industry bangunan. Bagi mereka yang berpengalaman, mereka juga boleh membuka firma sendiri

Bagi pemegang Diploma Seni Bina, mereka boleh memegang jawatang pembantu teknik di jabatan kerajaan/ badan-badan berkanun dan pembantu arkitek di firma-firma swasta.

TUGAS UTAMA ARKITEK BOLEHLAH DISENARAIKAN SEPERTI BERIKUT: 

      1.       Menyediakan Lakaran dan Lukisan Rekabentuk,
2.       Menyediakan Lukisan Binaan, 
3.       Menyediakan spesifikasi yang memperihalkan apa yang ditunjukkan dan                      dinyatakan di dalam Lukisan Rekabentuk dan Lukisan Binaan, 
4.       Membuat pemeriksaan Tapak Binaan sebelum kerja-kerja binaan dimulakan, 
5.       Menyediakan Dokumen Tawaran sebelum pemilihan kontraktor dibuat dan          .         menyediakan Dokumen Kontrak apabila kontraktor telah dipilih, 
6.       Memastikan proses dan sesi rundingan untuk memilih kontraktor yang bakal      .         membina bangunan yang telah direkabentuknya, dijalankan sebaik mungkin  .   .        mengikut kehendak perundangan yang berkaitan; dan 
7.       Tugas lain termasuklah menyediakan rekabentuk dan perancangan infrastruktur .         sesuatu skim pembangunan dan apa sahaja hal yang berkaitan dengan sosio .   .        ekonomi yang boleh mempengaruhi proses perancangan alam bina.  

   
Namun gelaran ‘Arkitek’ secara lazim mengikut peruntukan undang-undang khusus berkaitan dengannya pula, hanyalah layak kepada individu yang telah mendapat pendidikan khusus dalam bidang senibina [untuk satu tempoh yang tidak kurang dari lima tahun di peringkat ijazah dan sarjana (post-graduate) dan telah diluluskan pendaftarannya untuk menjalankan praktis senibina mengikut peruntukan mana-mana undang-undang berkaitan profesion Arkitek di kawasan, wilayah, negeri atau negara dimana Arkitek tersebut memberikan perkhidmatannya.

Dari segi kepakaran, Lembaga Pendaftar Arkitek United Kingdom[Architects’ Registration Council of United Kingdom – ARCUK] pula menetapkan 3 keperluan asas yang perlu ada pada seseorang Arkitek: 
i]      Mencipta [to create], 
ii]      Merekabentuk dan merancang [to design and to plan]; serta 
iii]     Mengurus dan menyelia [to manage and supervise]. 

Untuk diiktiraf sebagai seorang Arkitek, seseorang itu disyaratkan untuk mendapatkan ilmu pengetahuan yang mencukupi, terlatih dan mempunyai pengalaman dalam bidang senibina dalam 3 aspek keperluan tersebut di atas. 

Kewibawaan seseorang Arkitek adalah juga bergantung kepada kemampuannya melaksanakan 3 aspek keperluan asas yang disenaraikan di atas.                 



No comments:

Post a Comment

Majlis Perpisahan En. Ahmad Nadzri