JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berusaha untuk menjadi sebuah organisasi yang cemerlang dan disegani serta dihormati diperingkat antarabangsa serta mampu menangani apa jua rintangan dan cabaran yang mendatang dalam era yang serba moden ini. Pelbagai usaha dan tindakan yang perlu telah dilakukan bagi membentuk sebuah Jabatan yang profesional dan unggul.Dalam merealisasikan hasrat ini, Jabatan memberikan penekanan dan keutamaan dari aspek pembangunan sumber manusia melalui latihan-latihan kebombaan selari dengan perkembangan teknologi, pembangunan negara serta kejadian bencana alam yang melanda. Aspek ini amat penting dan menjadi agenda utama Jabatan dalam mempastikan setiap pegawai bomba adalah 'K-worker'yang mempunyai pengetahuan serta kemahiran dalam pelbagai cabang tugas kebombaan.
CIRI-CIRI ANGGOTA BOMBACiri-ciri atau sifat-sifat yang perlu ada pada setiap anggota bomba bagi melaksanakan tugas menyelamat dengan sempurna dan berkesan ialah mempunyai disiplin yang tinggi dan cergas, kuat, cekap, mahir, cepat, tangkas, waspada dan sentiasa bersiap sedia serta prihatin.
Bahagian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
Pengurusan1. Menentukan pengurusan perkhidmatan bagi keseluruhan jawatan2. Menentukan pengagihan dan perbelanjaan kewangan jabatan mematuhi peraturan yang dibenarkan3. Mengawal selia perbelanjaan bahagian-bahagian serta perkhidmatan bomba negeri.
Pengurusan1. Menentukan pengurusan perkhidmatan bagi keseluruhan jawatan2. Menentukan pengagihan dan perbelanjaan kewangan jabatan mematuhi peraturan yang dibenarkan3. Mengawal selia perbelanjaan bahagian-bahagian serta perkhidmatan bomba negeri.
Bahagian Pengurusan terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :1. Unit Pentadbiran
2. Unit Penjawatan
3. Unit Kewangan
OperasiAktiviti ini terbahagi kepada beberapa unti utama iaitu unit Pemadaman Kebakaran, Penyelamat, Perkhidmatan Khas, Rancangan Pra Kebakaran, Unit Pili Bomba, Unit Komunikasi, Unit Bekalan dan Logistik, Unit Siasatan Kebakaran danAnaliasa Arson, Unit Piawaian dan Kawalan Keberkesanan Operasi, Unit Pemadaman Api dan Unit Pengurusan Daerah
Penguatkuasaan1. Merancang dan merangka dasar penguatkuasaan dan strategi perlaksanaan Akta Perkhidmatan Bomba 1988 (Akta 341).2. Merancang dan merangka dasar Perakuan Bomba ke atas Premis di tetapkan.3. Merancang dan merangka dasar penyiasatan dan pendakwaan berkenaan dengan kesalahan di bawah Akta Perkhidmtan Bomba 1988.4. Merancang dan merangka dasar penyiasatan dan kebakaran.5. Merancang dan merangka peraturan-peraturan yang berkaitan dengan perlaksanaan peruntukan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988
Kejuruteraan1. Mengurus, menyelaras dan melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikian kenderaan, jentera dan peralatan motor.
2. Menyediakan perkhidmatan pembangunan, latihan dan kajian Bahagian Kejuruteraan merangkumi kemudahan workshop, peralatan workshop, latihan kakitangan dan sistem penyelenggaraan pelbagai jentera dan peralatan bomba.3. Merangka, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti penyelengaraan pencegahan kerosakan (preventive maintenance) bagi pelbagai kenderaan, jentera dan peralatan bomba.4. Memberi khidmat nasihat dan kajian teknikal dalam hal-hal pembelian kenderaan utiliti, jentera dan peralatan bomba.
2. Menyediakan perkhidmatan pembangunan, latihan dan kajian Bahagian Kejuruteraan merangkumi kemudahan workshop, peralatan workshop, latihan kakitangan dan sistem penyelenggaraan pelbagai jentera dan peralatan bomba.3. Merangka, menyelaras dan melaksana aktiviti-aktiviti penyelengaraan pencegahan kerosakan (preventive maintenance) bagi pelbagai kenderaan, jentera dan peralatan bomba.4. Memberi khidmat nasihat dan kajian teknikal dalam hal-hal pembelian kenderaan utiliti, jentera dan peralatan bomba.
Latihan dan perancangan tenaga manusia1. Merancang dan mengendalikan keperluan dan dasar latihan serta perancangan tenaga manusia bagi pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.2. Merancang dan menyelaras keperluan dan dasar latihan keselamatan kebakaran bagi pelanggan jabatan dan pihak awam.3. Merancang dan melaksanakan program latihan kebombaan berkembar dengan istitusi pengajian dan istitusi kebombaan dalam dan luar negara.4. Merancang dan menyelaras program utama, tahunan dan dwi tahunan jabatan.5. Menyelaras pengurusan pentadbiran serta pembangunan fizikal akademik dan pusat-pusat latihan.
Perancangan, penyelidikan dan pembangunan1. Merancang dan menyelaraskan dasar serta rangka perlaksanaan pembangunan fizikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.2. Memantau dan mengkordinasikan perancangan dan pengurusan peruntukan kewangan pembangunan tahunan dan lima tahun jabatan.3. Menganalisa dan mengawalselia kelulusan bahan ketahanan api dan sistem perlindungan kebakaran.4. Memantau dan menyelaraskan perancangan dan perlaksanaan penyelidikan dan pembangunan,kebombaan dan pengurusan bencana.
Pencegahan dan keselamatanMengambil konsep 'Mencegah Lebih Baik Daripada Memadam' Bahagian Pencegah dan Keselamatan telah dipertanggungjawabkan untuk mengurangkan risiko kebakaran dan meminimakan kerugian kebakaran. Oleh itu,untuk mencapai objektif dan fungsi bahagian di antara langkah komprehensif yang diambil termasuk:-1. Mengkaji dan memberi perakuan kepada rekabentuk bangunan baru dengan memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan kebombaan.2. Menyelaras dan mengkaji keberkesanan piawaian dan kod-kod amali yang digunapakai.3. Memantau, menyelaras aktiviti pengkajian pelan dan pengeluaran surat sokongan Sijil Menduduki Bangunan di peringkat negeri.4. Menyelaras, menaja dan menyediakan panduan-panduan pendidikan awam kepada usaha-usaha meningkatkan kesedaran masyarakat umum terhadap pentingnya pencegahan kebakaran.
Unit perhubungan awam1 . Merancang dan menyediakan deraf kenyataan peringkat nasional.2. Menyediakan dan menerbitkan dokumentasi.3. Lawatan dari luar ke jabatan bomba4. Lawatan ketua pengarah ke luar ibu pejabat5. Pengendalian aktiviti rasmi jabatan.
Unit udara bombaMelaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar. Memastikan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.
Unit udara bombaMelaksanakan operasi kebombaan melalui udara secara strategik, cepat dan berkesan demi menyelamatkan nyawa, harta benda dan alam sekitar. Memastikan perkhidmatan udara untuk melaksanakan misi-misi kebombaan.
KERJAYA BOMBA
- Penguasa bomba
Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas pengurusan am, pentadbiran dan kewangan, penyelidikan, perancangan, pembangunan, latihan, operasi melawan kebakaran, penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain serta peraturan yang berkaitan.
- Penolong penguasa bomba
Bertanggungjawab mengetuai tugas-tugas operasi melawan kebakaran di ibu pejabat di peringkat negeri dan membantu di dalam tugas-tugas pengurusan am, penyelidikan perancangan pembangunan dan penguatkuasaan Akta 341 dan undang-undang lain yang berkaitan.
- Pegawai bomba
Bertanggungjawab sebagai pegawai penjaga balai serta menguruskan pentadbiran harian balai sertabertanggungjawab memadamkan kebakaran semasa kebakaran dan menjalankan tugas-tugas menyelamat semasa menghadapi bencana-bencana kemalangan dan bencana-bencana alam yang lain.
DESKRIPTIF PEKERJAAN PENGUASA BOMBA KB41
No comments:
Post a Comment