Monday, 28 August 2017
PIAGAM PELANGGAN
Piagam Pelanggan Unit Bimbingan Dan Kaunseling
- Menyediakan bilik kaunseling yang kondusif dan teraputik.
- Menerima klien tanpa syarat dan prejudis.
- Menjalankan sesi kaunseling dengan penuh etika dan profesionalisme.
- Berusaha melindungi identiti klien berdasarkan Kod Etika Kerahsiaan tertakluk kepada persetujuan klien.
- Menjalankan sesi kaunseling dalam tempoh masa 40 hingga 60 minit bagi setiap sesi individu atau kelompok.
- Menepati temujanji bersama klien dengan memberi khidmat yang sesuai dalam tempoh 48 jam. Memberi keutamaan dengan mengambil tindakan segera bagi klien yang memerlukan kaunseling krisis.
- Berusaha merujuk klien kepada pihak tertentu dengan persetujuan klien atas dasar limitasi keupayaan Guru Kaunseling.
- Memberi maklumat yang tepat dan terkini kepada klien dengan penuh jujur, ikhlas dan beretika. Membangunkan potensi individu sebagai model insan yang mampu menyumbang kepada negara.
VISI DAN MISI
VISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.
MISI
Mewujudkan iklim pendidikan yang kondusif, teraputik dan efektif dari aspek fizikal perhubungan dan pengurusan berteraskan konsep perkhidmatan bimbingan dan kaunseling berkualiti secara menyeluruh dan berkesan demi kecemerlangan murid dan sekolah.
MISI
- Menguruskan program dan aktiviti kaunseling dengan cekap dan berkesan.
- Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran emosi (EQ) yang tinggi dan berakhlak mulia.
- Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
- Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberangsangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
- Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
- Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan di kalangan murid.
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Explore You Future- Kerjasama Dengan UiTM Pada akhir program diharap pelajar dapat 1.1 Mengubah sikap malas kepada sikap raji...